NADI– ESUKAN: Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan

24 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

23 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas kesedaran: NADI – ESUKAN: Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan. Seramai 6 orang peserta telah mengikuti seminar atas talian ini.

Episod podcast ini membincangkan topik “Peranan & Suara Wanita Dalam Industri E-Sukan” bersama Andriyana Mohd Ghazali atau lebih dikenali sebagai ChuChu, seorang E-Sports Emcee, shoutcaster, analyst dan KOL yang aktif dalam industri e-sukan tempatan serta antarabangsa. Dalam perkongsian ini, beliau menceritakan pengalaman sebenar sebagai wanita dalam industri yang sering didominasi lelaki, termasuk cabaran, persepsi masyarakat dan usaha membina keyakinan diri. ChuChu turut berkongsi pandangan mengenai peranan wanita dalam membangunkan ekosistem e-sukan yang lebih profesional dan inklusif, selain memberi inspirasi serta nasihat kepada generasi muda yang berminat menceburi bidang e-sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali